Wednesday, October 28, 2009

Produk Kak Sue Enterprise

Kak Sue Enterprise mengeluarkan produk IKS berasaskan Makanan. antara keluaran Kak Sue Enterprise ialah Bahulu, bahulu berinti, Mini Karipap, Kuih Tiram, Kerepek (ubi dan pisang), sema dan kuih karas.


Kuih Tiram

Kuih Sema

Kerepek Pisang


Monday, October 26, 2009

Kelab Usahawan Sosial PID Kuala Balah

Kak Sue adalah salah seorang AJK Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa Kuala Balah kelantan yang telah ditubuhkan pada tahun 2008.




Gambar sempena lawatan pihak Warisan Global ke Pusat Internet Desa Kuala Balah


Bersama sebahagian AJK dan Ahli KUSPID Kuala Balah

Thursday, October 22, 2009

Suasana Tempat Pemprosesan Kak Sue Enterprise

Gambar dari luar (rumah yang dibina khas untuk dijadikan tempat pemprosesan)




Suasana di dalam tempat pemprosesan








Latar Belakang Perniagaan Kak Sue Enterprise

Nama sebenar pemilik Kak Sue Enterpirse ialah Puan Shamsiah. Tapi disebabkan orang-orang kampung sudah biasa dengan panggilan Kak Sue, jadi saya secara tidak lansung terfikir untuk menggunakan nama Kak Sue sebagai nama perniagaan saya kerana ia sudah dikenali di kampung ini.

Sebelum kewujudan Kak Sue Enterprise, Kak Suehanyalah membuat kuih-muih seperti karipap, roti goreng, donut dan lain-lain kuih utk sarapan pagi di rumah dan dihantar ke warung-warung di sekitar kampung ini. Dalam masa yang sama, Kak Sue menambah jenis kuih muih mengikut kehendak ramai.

Memandangkan permintaan yang tinggi Kak Sue mula membuat kuih yang tahan lebih lama seperti bahulu, kuih tiram serta kerepek pisang dan ubi. Untuk menambahkan ilmu dan kemahiran yang ada, kak Sue mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian.

Setelah beberapa lama membuat kuih secara tradisional, Kak Sue telah mendapat bantuan dari jabatan pertanian dengan menyediakan mesin penguli, dan mesin pembakar. Secara tidak langsung ia dapat mempercepatkan lagi proses membuat kuih.

Secara, Kak Sue gembira kerana hasil titik peluh Kak Sue telah membuahkan hasil. Kini Kak Sue sudah memiliki sebuah van dan mempunyai seorang pembantu. Kak Sue juga telah membina sebuah rumah khas untuk dijadikan sebagai tempat memproses produk-produk Kak Sue Enterprise.Dan kak Sue berharap Kak Sue Enterprise akan terus maju.

Tuesday, October 20, 2009

Profil Pemilik Kak Sue Enterprise




Nama : Puan Samsiah bt Omar
Alamat : Kawasan Rawa, Kampung Tunku Abdul Rahman, 17610 Kuala Balah, Jeli, Kelantan.
Jenis Perniagaan : IKS (Makanan)
Persatuan / Kelab : Ahli Kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa Kuala Balah, Jabatan Pertanian
Kursus / Latihan : Bimbingan Jabatan Pertanian